Soalan-Soalan Yang Bagus Untuk Ditanya Semasa Temuduga
Cari Tahu Kunci Kejayaan Temuduga Pekerjaan Dengan Artikel Kami Mengenai Soalan Terbaik Yang Perlu Ditanya
Menanyakan soalan semasa sesi temuduga adalah penting kerana ia menunjukkan minat anda, menunjukkan persediaan anda, memberikan kejelasan, menunjukkan kemahiran berfikir kritis, dan membina hubungan dan penglibatan dengan pihak temuduga.
Apakah sifat-sifat atau kelayakan utama yang membolehkan seseorang sesuai dengan jawatan ini?
Soalan ini menunjukkan minat anda untuk memahami sifat khusus yang dicari oleh syarikat dan memberi anda pandangan berharga terhadap tanggapan mereka. Ia juga membolehkan anda menyelaraskan kelayakan dan pengalaman anda dengan kualiti yang mereka inginkan.
Bolehkah anda memberitahu saya tentang projek atau inisiatif terbaru yang telah dilaksanakan oleh pasukan anda?
Bertanya tentang projek atau inisiatif terbaru ini menunjukkan rasa ingin tahu dan minat anda terhadap kerja berpasukan. Ia juga turut memberi peluang kepada penemuduga untuk berkongsi butiran tentang pencapaian dan cabaran dalam pasukan, memberikan anda gambaran tentang jenis kerja yang mungkin anda akan ceburi.
Bagaimana anda menyokong perkembangan profesional dan peluang pertumbuhan untuk pekerja?
Soalan ini menunjukkan keinginan anda untuk terus berkembang dalam kerjaya anda. Memahami pendekatan syarikat terhadap pembangunan profesional dapat memberikan anda pandangan mengenai sokongan, latihan, dan peluang pembelajaran yang disediakan untuk pekerja.
Bagaimana keadaan pada hari biasa?
Menanyakan soalan ini membolehkan anda mempelajari sebanyak mungkin tentang peranan. Jawapan dari penemuduga akan memberikan gambaran tentang kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dan juga akan membantu anda memutuskan sama ada peranan itu sesuai untuk anda.
Apa pengalaman yang paling anda suka selama bekerja di syarikat ini?
Soalan ini membuatkan penemuduga berkongsi perspektif peribadi mereka tentang budaya syarikat dan menyerlahkan aspek positif bekerja di sana. Ia juga memberikan anda sekilas gambaran tentang pengalaman penemuduga dan boleh memberikan cadangan/pandangan/idea apa yang tersedia pada laman web syarikat.
Bolehkah anda memberitahu saya lebih lanjut tentang pasukan yang akan saya bekerjasama nanti?
Ini akan membantu anda memahami cara syarikat distrukturkan, kepada siapa anda akan laporkan dan jabatan mana yang memainkan peranan. Anda akan bekerja berpasukan, jadi anda patut cuba untuk mengetahui tentang kaedah dinamik dan kerja dalam berpasukan. Bergantung pada jawapan dari penemuduga, ia juga mungkin memberi anda peluang untuk menyebut apa-apa pengalaman atau kejayaan yang anda telah bekerja dalam pasukan yang sama - hanya untuk memberi majikan satu contoh terakhir tentang kenapa anda sesuai untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
Apakah langkah seterusnya dalam proses pengambilan pekerjaan ini?
Bertanya tentang langkah seterusnya dalam proses itu menunjukkan semangat anda untuk peluang itu dan membantu anda memahami garis masa dan jangkaan untuk keputusan pengambilan pekerja. Ia juga menunjukkan bahawa anda teratur dan proaktif dalam menguruskan proses permohonan.
Sekadar peringatan, soalan yang anda tanya sepatutnya disediakan dengan teliti, relevan, dan menonjolkan minat anda terhadap jawatan dan syarikat tersebut.
Elakkan daripada bertanya soalan yang hanya tertumpu kepada gaji, faedah, atau cuti pada peringkat awal proses temuduga, kerana perkara-perkara ini lebih baik dibincangkan kemudian dalam proses pengambilan pekerjaan atau semasa rundingan gaji.
Jawapan mereka akan memberikan anda gambaran tentang apa yang diharapkan oleh majikan. Jadi, jika anda ditawarkan jawatan yang anda mohon, tidak akan ada kejutan apabila anda memulakan tugas pada hari pertama anda.
Contact Us
+6 03 2858 2584 customercare@fastjobs.com.my
Unit A-13-5, Northpoint Office, Mid Valley City, No 1 Jalan Medan Syed Putra Utara, 59200 Kuala Lumpur